Selepas tular videonya mendengar lagu nasyid dari kumpulan Inteam, penyanyi, Ina Naim kembali mencuri perhatian apabila tampil mengulas mengenai ciri-ciri wanita solehah di TikTok miliknya baru-baru ini.
Menurut Ina, wanita solehah adalah wanita yang menjaga auratnya, menjadi penyejuk mata dan bukan bergelek di depan khalayak.
“Berjoget, tunjuk sana sini. Itu bukan wanita hiasan dunia. Itu , saya pun tak tahu. Hiasan dunia untuk suami.
“Seindah hiasan adalah wanita solehah. Kita ni seorang perempuan, jangan bergelek, tunjuk p*nkuq, tunjuk depan belakang..
“Orang lelaki ni dia kalau pandang tu ‘dalam’ dia fikir. Sampai ke dalam dia ‘scan’. Tutup sikit. Yang boleh labuh, labuhkan lah sikit.
“Perempuan ni kena ada rasa malu dengan lelaki. Tutup apa yang boleh di tutup.
“Saya sendiri dulu, nak pakai stokin pun rasa rimas, tak selesa. Tapi sekarang kalau keluar tanpa stokin rasa lagi rimas. Rasa tak selesa,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ina atau nama penuhnya, Nordiana Mohd Naim, 41, meluahkan rasa kagumnya terhadap personaliti dan usahawan terkenal, Neelofa, yang disifatkannya sebagai contoh wanita solehah masa kini.
Katanya, Neelofa merupakan individu yang sentiasa meletakkan niat kerana Allah SWT dalam setiap langkah kehidupannya tidak kiralah dari kerjaya hingga ke bidang perniagaan dan dakwah.
“Tengok macam Neelofa. Buat apa-apa kerana Allah. Neelofa tu orangnya cerdik, bijak, pandai.
“Daripada sikit-sikit dia berubah, sampai sekarang, sebab tu Allah bagi rezeki dia melimpah ruah. Sebab dia buat kerana Allah,” katanya.
Dalam hantaran sama juga, Ina turut mendoakan agar Neelofa terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam memperjuangkan dakwah serta menyebarkan kebaikan.
“Mudah-mudahan khusnul khatimah buat Neelofa. Berjaya dunia akhirat. Aamiin.
“Tengok Neelofa tu, buat semua kerana Allah. Sikit-sikit dia nak make up terpulang pada diri dia, suami dia suka macam tu. Tapi perubahan dia tu, Allah beri dia rezeki tak putus-putus. Kita pun nak macam tu.
“Jangan berubah automatik, pakai tudung labuh terus. Tapi bila hilang job… buka semula. Janganlah,” jelasnya.




