Individu dedah 4 gadis ‘terpaling English’ suka kritik orang sejak zaman sekolah?

Individu dedah 4 gadis ‘terpaling English’ suka kritik orang sejak zaman sekolah?

Sebelum ini, tular di media sosial apabila empat orang gadis yang bertindak mentertawakan tahap bahasa Inggeris yang ditulis oleh seorang lelaki yang dipercayai bekas kekasih salah seorang daripada mereka telah mengundang pelbagai kritikan ramai.

Mana tidaknya, salah seorang daripada mereka telah membaca kiriman mesej perpisahan yang dihantar menerusi WhatsApp sambil membetulkan kesalahan tatabahasa.

Tindakan tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai kerana mesej itu telah dibaca gadis tersebut dengan menggunakan nada mengejek malah, melakukan ‘face shaming’ terhadap lelaki terbabit.

Bagaimanapun, seorang individu mendedahkan empat orang gadis tersebut merupakan satu sekolah yang sama dan gemar mengkritik orang lain.

 

“Awak nak tahu tak, mereka satu sekolah dengan saya dan mereka memang suka kritik ya sebab mereka terpaling pengawas. Tak hairan kalau mereka viral atas sebab ini,” ujarnya dalam sebuah hantaran.

Bagaimanapun, video yang mula tular di laman Twitter @cikgu_anep sudah dipadamkan atas permintaan empat orang gadis itu selepas mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.

Sumber: Twitter @cikgu_anep