Individu minta penjelasan, dakwa Neelofa guna gambar anak orang lain tanpa izin?

Individu minta penjelasan, dakwa Neelofa guna gambar anak orang lain tanpa izin?

Nama selebriti terkenal, Neelofa sememangnya tidak kering dengan kontroversi. Ada sahaja cerita yang melibatkan namanya menjadi perbualan netizen di media sosial.

Kali ini bukan lagi urusan gambar wajah anaknya Muhammad Bilal, tetapi berkenaan gambar anak orang lain yang fotonya telah digunakan sesuka hati oleh selebriti terbabit bagi tujuan waqaf.

Menerusi ciapan yag dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Ainakhairilanw1, dia telah memuat naik tangkapan Insta Story Neelofa yang memaparkan gambar ahli keluarganya.

Menurutnya, gambar tersebut pernah terjadi lima tahun lalu dan kini terulang semula.

Tambahnya, mereka telah pun mencuba mendapatkan penjelasan daripada pihak pertubuhan dan Neelofa namun sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas.

Ujar pengguna TikTok itu lagi, mereka mahu pihak tersebut membuat penjelasan kerana mereka berhak tahu tujuan menggunakan gambar berkenaan kerana bersangkut paut dengan keselamatan ahli keluarga.

Dalam pada itu, @Ainakhairilanw1 turut mengatakan yang mesej dikirim kepada pihak Neelofa juga tidak berbalas dan wakil kepada nombor yang dihubungi sekadar menyatakan bahawa hal tersebut akan dimaklumkan kepada pengurusan.

Tambahnya lagi, gambar terbabit pernah diambil untuk tujuan mengumpul dana al-Quran tanpa pengetahuan keluarga sebelum ini dan kini pihak Pertubuhan Kash Neelofa pula yang menggunakannya.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen mengatakan gambar terbabit masih ada di media sosial selebriti itu dan meminta dia menjelaskan perkara tersebut kepada keluarga kanak-kanak yang berada di dalam poster terbabit.

Mereka juga masih menantikan maklum balas daripada pihak selebriti itu yang dikatakan masih belum menghubungi waris sehingga kini.

 

Sumber: Twitter @Ainakhairulanw1

Scroll to Top