“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

Pelakon versatile, Nasir Bilal Khan tampil memberikan respons susulan isu pelakon baharu yang dikatakan kurang beradab ketika berada di set penggambaran.

Katanya ketika ditemui XTRA, industri akan rosak sekiranya anak seni yang ada kini tidak menyiapkan diri dengan ilmu dan adab.

“Masalah kita ni,  kita tiada ilmu. Contoh macam saya terlibat dalam bidang lakonan kalau tak ada ilmu takkan boleh jadi pelakon dan kalau tiada adab mana saya boleh bertahan lama dalam industri.

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul.

“kepentingan berilmu sekali gus akan mewujudkan adab dalam diri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Karier Sebagai Tanggungjawab, Nasir Bilal Khan Tak Kisah Soal Relevan Atau Tidak – “Itu Yang Saya Kena Jawab Dengan Allah Nanti”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Tegur Ikut Cara Mereka Menghormati Pelakon Senior” – Zamarul Hisham

ARTIKEL BERKAITAN:Ahmad Idham Kecewa, Artis Baru ‘Lapar’ Publisiti – “Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Pada Pengarah Bukan…”

Pilih rupa atau bakat?

Ketika disoal adakah rupa paras menjadi ukuran berbanding bakat jika mahu terkenal dalam industri, Nasir bagaimanapun menjelaskan, sifat manusia memang akan tertarik dengan kecantikan.

“Kalau tanya saya sendiri, saya akan pilih rupa dahulu. Sifat manusia memang macam itu.

“Tapi, kena lihat pada hati dulu, kerana rupa akan pudar,” jelasnya.

Terdahulu, Nasir yang kini sudah lama tidak beraksi di kaca televisyen menjelaskan, dia kini lebih selektif dalam memilih naskhah lakonanya.

Malah, dia tidak kisah jika dirinya dilabel sudah tidak relevan apatah lagi industri kini menerima lambakan pelakon baru.

ARTIKEL BERKAITAN:Joey Daud Kecewa Segelintir Produksi Utamakan Jumlah Pengikut Di Media Sosial Berbanding Bakat – “Orang Dah Tak Mahu Kita…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kerjasama Tapi Sombong, Susah Deal Dengan Orang Perasan Forever Hot & Top” –  Status Cetus Tanda Tanya, Adam Lee Tegur Pelakon Baru Meningkat Naik?

Scroll to Top