Zila Bakarin jawab individu persoal kahwin wanita ‘dah rosak’ – “Boleh dibaiki, masih boleh pakai”

Zila Bakarin jawab individu persoal kahwin wanita ‘dah rosak’ – “Boleh dibaiki, masih boleh pakai”

Pelakon Zila Bakarin tampil memberikan pandangan selepas seorang pengguna Threads mengajukan persoalan mengenai sama ada berbaloi untuk berkahwin dengan wanita yang dianggapnya sudah ‘rosak’.

Zila Bakarin jawab individu persoal kahwin wanita ‘dah rosak’ – “Boleh dibaiki, masih boleh pakai”

Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan bertanya sama ada berbaloi ke menikahi seorang wanita yang sudah pernah melakukan hubangan intim bersama lelaki lain tanpa ada sebarang ikatan yang sah.

Menjawab persoalan itu, Zila berkata, sesuatu yang rosak masih boleh dibaiki, sambil mengingatkan bahawa tiada manusia yang sempurna.

“Rosak bole dibaiki, walau tak seperti baru tapi masih boleh pakai.. Mn ada manusia sempurna. Yang penting pastikan IMAN tak rosak,” jawabnya, semalam.

Zila turut menyifatkan soal jodoh sebagai pilihan masing-masing dan mengakui pandangan yang dikongsinya itu juga merupakan pendapat serta pilihannya sendiri.

“Betul pilihan ditangan kita, yang saya tulis adalah pendapat dan pilihan saya juga,” ujarnya.

Perkongsian Zila itu turut mengundang reaksi balas dalam kalangan warganet yang mempunyai pandangan berbeza terhadap kenyataannya.

Sebahagian pengguna media sosial menyokong pendirian pelakon berkenaan dengan mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai kelemahan serta tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan sepanjang kehidupan.

Artikel lain: Zila Bakarin kongsi detik penghijrahan, kepala rasa sejuk pakai selendang, tak mahu suami disoal Allah

Bagaimanapun, terdapat juga pihak yang kurang bersetuju kerana melihat kenyataan tersebut berpotensi disalah tafsir seolah-olah perbuatan maksiat boleh dipandang ringan tanpa mengambil kira kesan dan akibatnya.

Pada masa sama, ada warganet berpandangan bahawa seseorang yang pernah melakukan kesalahan tidak seharusnya terus dihukum berdasarkan masa lalunya kerana setiap individu masih berpeluang memperbaiki diri, sekiranya benar-benar menyesal, bertaubat dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Sumber: Threads zilabakarinofficial

Scroll to Top