LATEST
Business

C by camel active kini di AEON Mall Bandaraya Melaka

C by camel active kini di AEON Mall Bandaraya Melaka

JENAMA fesyen gaya hidup kontemporari, C by camel active terus memperkukuh kedudukannya di pasaran Malaysia menerusi pembukaan cawangan baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka.Pembukaan concept store itu merupakan sebahagian usaha jenama berkenaan memperluaskan rangkaian perniagaannya selain mendekatkan koleksi fesyen terbaharu kepada pelanggan di negara ini.C by camel active yang merupakan sub-jenama di bawah jenama gaya hidup antarabangsa camel active menawarkan gabungan gaya kasual, rekaan moden dan fungsi praktikal bagi memenuhi keperluan pengguna lelaki serta wanita.Jenama itu turut mengetengahkan interpretasi lebih kontemporari terhadap identiti camel active dengan sentuhan fesyen yang lebih menyerlah, bersesuaian dengan gaya hidup individu aktif dan gemar meneroka pengalaman baharu.Terletak di Lot F11, Aras 1, AEON Mall Bandaraya Melaka, concept store berkenaan menawarkan pelbagai pilihan produk termasuk kasut, beg dan aksesori untuk kegunaan harian.Ruang niaga itu direka dengan inspirasi elemen alam semula jadi bagi mewujudkan suasana membeli-belah yang mesra dan selesa kepada pelanggan.Selain menitikberatkan aspek penampilan, C by camel active turut memberi penekanan terhadap kualiti kemasan, keselesaan, fungsi praktikal serta reka bentuk versatil dalam setiap koleksi yang ditawarkan.Pendekatan itu selari dengan keperluan pengguna moden yang mengutamakan pakaian dan aksesori yang bukan sahaja menarik dari segi penampilan, malah sesuai digunakan dalam pelbagai aktiviti harian.Pembukaan cawangan di Melaka itu turut mencerminkan komitmen jenama berkenaan untuk terus memperluaskan kehadirannya di Malaysia serta meningkatkan akses pelanggan terhadap rangkaian produknya.Masjlis perasmiannya disempurnakan Pengarah Kreatif C by camel active, Eddie Chong; Pengarah Pemasaran, Vivien Ooi; Pengurus Kanan Serantau AEON, Amran Latif; Pengurus Kanan AEON Mall Bandaraya Melaka, Tan Hwee Fang; Pengarah Urusan CLT Asia Sdn Bhd, Jason Tan dan Pengarah Pemasaran C by camel active, Lenson Chong.Sementara itu, orang ramai yang berminat boleh mengunjungi C by camel active di Lot F11, Aras 1, AEON Mall Bandaraya Melaka, Jalan Lagenda, Taman 1 Lagenda.Maklumat lanjut mengenai koleksi dan produk jenama itu boleh diperoleh menerusi laman web camelactive.my serta Facebook camel active Malaysia dan Instagram @cbycamelactive.

More in Business

View all

Latest news