“Ingat gelek di khalayak dapat pahala ke?” -Ustaz Ahmad Dusuki tegur Ifa Raziah

“Ingat gelek di khalayak dapat pahala ke?” -Ustaz Ahmad Dusuki tegur Ifa Raziah

Baru-baru ini, tular di media sosial gelekan-gelekan dari selebriti serta usahawan kontroversi di sebuah majlis akikah seorang usahawan.

Mana tidaknya, selain tidak kena dengan majlis, pakaian yang digayakan juga seperti menghadiri majlis fashion week.

Antara yang kelihatan di dalam video tersebut adalah selebriti Ifa Raziah dan juga usahawan terkenal Kak KM.

Disebabkan itu, Ifa Raziah telah teruk dikecam netizen kerena sakan bergelek di majlis akikah tersebut. Namun, selebriti berkenaan telah membuat video menyelar semula netizen yang mengatanya dengan memaklumkan gelekkan tersebut yang memberinya rezeki.

Susulan daripada kenyataannya yang dilihat angkuh, pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dasuki telah menegur apa yang diperkatakan Ifa kerana terlihat bangga melakukan aksi tersebut di hadapan orang ramai.

“Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?”…. Bangganya kau!” -tulisnya.

Dalam pada itu beliau juga beliau turut menitipkan pesanan bahawa setiap apa yang dilakukan umatnya dalam mendapatkan rezeki pasti akan disoal oleh Allah S.W.t.

“Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini…” jelasnya.

Terdahulu, Ifa Raziah telah membuat video dan mengatakan bahawa gelekan yang dilakukan ketika majlis tersebut berbayar dan bukannya dilakukan secara percuma.

Tambahnya, dengan cara itu dia dapat rezeki dan menyelar tindakan netizen yang hanya tahu bercakap tanpa tahu apa yang dilakukan.

@ifa_raziah

JOM KASI VIRAL #terpalingjuara #playlistAJL #missdiva #ifaraziah #serifabeauty #solidmolid #solidberry #soliddiva #solidbody #solidbeauty #missdivaskincare #kurus #cantik #lentik #beauty #fyp #fouryoupage #tiktokviral #tiktok

♬ original sound – MissDivaifaraziah – MissDivaifaraziah

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Dasuki, Instagram Ifa Raziah, Twitter @lady_bugg11