Tular di media sosial memaparkan seorang wanita potong kuku kaki teman lelakinya di Pantai Morib, Selangor telah berjaya menarik perhatian warganet.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, TikTokers yang dikenali sebagai Sam Lim meminta pasangan terbabit yang ketika itu sedang berehat di bawah sepohon pokok memilih salah satu ganjaran, RM100 atau hadiah misteri.
Potong kuku kaki
Artikel lain: Netizen kagum dua pelajar berlainan bangsa kongsi sebungkus nasi – “Momen sangat mahal..”
Dalam video tersebut, mereka yang dipercayai sudah bertunang bersepakat memilih hadiah misteri namun, perlu bermain satu permainan sebagai syarat untuk mendapatkan habuan itu.
Potong kuku kaki
Netizen kurang senang!
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap perbuatan wanita berkenaan yang tidak menjaga batas memandangkan mereka belum mempunyai ikatan yang sah.
Malu lah sikit kat tempat awam tu!
Ada juga segelintir individu yang sudah berkahwin memberitahu tidak pernah membuang kuku pasangan masing-masing kerana tidak sanggup menanggung risiko seperti kecederaan.
Dalam pada itu, ramai menitipkan nasihat buat pasangan itu untuk mempunyai sifat malu serta tidak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam di tempat awam.
Sumber: TikTok @Sam Lim