LATEST

‘Ini Anthony Loke cakap serupa bikin, bukan macam Ka Siong’

‘Ini Anthony Loke cakap serupa bikin, bukan macam Ka Siong’

HANG TUAH JAYA – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan beliau seorang yang berpegang pada prinsip dan mengotakan janji apabila meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan seperti yang dijanjikan.Menurutnya, beliau tidak seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang didakwanya hanya berani mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan tetapi tidak melaksanakannya.Beliau menegaskan, pendiriannya untuk melepaskan jawatan bukan sekadar retorik politik, sebaliknya janji yang ditunaikan sebaik sahaja berlaku perkembangan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.”Rakan saya, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ketika itu masih berada di Turkiye, ada lawatan kerja. Dia buat kenyataan, kata Najib akan dibebaskan. Anthony Loke bila nak letak jawatan?”Hari ini saya nak bagitahu Datuk Seri Zahid, rakan sebelah saya. Kalau di Kabinet, dia duduk di sebelah kiri saya. Saya duduk di sebelah kanan dia.”Saya nak bagitahu Datuk Seri Zahid, ini Setiausaha Agung DAP, ini bukan Presiden MCA. Ini Anthony Loke, bukan Wee Ka Siong. Saya kata saya akan letak jawatan, saya akan letak jawatan,” katanya ketika berucap pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Melaka Baru di sini pada Selasa.Beliau menegaskan, sebaik sahaja Najib pulang ke rumah, beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu walaupun untuk tempoh seminit dan akan melepaskannya serta-merta.Dalam nada menyindir, Anthony berkata, Ahmad Zahid mungkin sudah lama terbiasa dengan MCA sehingga menyangka kenyataan pemimpin DAP juga tidak semestinya disusuli tindakan.”Mungkin dia sudah lama biasa dengan MCA. Dia ingat, Presiden MCA cakap tak serupa bikin. Boleh ugut-ugut tetapi tak berani buat.”Ini Setiausaha Agung DAP. Kita kotakan janji. Kita kotakan kata-kata, bukan macam Wee Ka Siong,” tegasnya.Sebelum ini, Anthony mengumumkan pendiriannya untuk meletakkan jawatan susulan keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib pada September lalu, yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah.Pada 6 November lalu, beliau sekali lagi menegaskan peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib dibenarkan pulang ke kediamannya untuk menjalani tahanan rumah.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 November membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.Susulan keputusan itu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Latest news