LATEST

MKN adakan latihan keselamatan di KLIA Khamis ini

MKN adakan latihan keselamatan di KLIA Khamis ini

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai yang berada di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diminta tidak panik sekiranya melihat pergerakan anggota keselamatan, aset operasi atau aktiviti mencurigakan, Khamis ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan Latih Amal Keselamatan, Exercise Eagle Stealth 2026 (EX EAGLE STEALTH) bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Malaysia Airports, bermula jam 9 pagi hingga jam 11.30 malam.

“Latihan ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi antara agensi serta keberkesanan mekanisme tindak balas negara dalam menangani ancaman keselamatan penerbangan awam.

“Operasi penerbangan akan beroperasi seperti biasa dan latihan ini tidak akan menjejaskan aktiviti serta urusan perkhidmatan penerbangan di KLIA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, MKN meminta supaya orang ramai mengambil maklum mengenai pelaksanaan latihan berkenaan.

“Tiada ancaman sebenar berlaku. Semua aktiviti yang dijalankan adalah simulasi kepada latih amal semata-mata,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news