Inkues: Zara Qairina bersumpah 'wallahi' nafi dituduh pencuri, jerit 'aku tidak mencuri bah, bodoh'

Inkues: Zara Qairina bersumpah 'wallahi' nafi dituduh pencuri, jerit 'aku tidak mencuri bah, bodoh'

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Zara Qairina Mahathir menangis dan menafikan mencuri apa-apa ketika dituduh melakukan perbuatan itu di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar sebelum kali terakhir dilihat menuju ke tandas.

Saksi kelapan inkues itu, Azahari Abd Sagap, 31, berkata dia menerima salinan imbasan pengakuan bertulis daripada lima pelajar asrama terbabit.

Ketua warden asrama itu berkata, dokumen itu ditulis selepas dia mengarahkan warden asrama untuk menyiasat perkara itu pada 16 Julai, susulan Zara Qairina dihantar ke Hospital Queen Elizabeth selepas ditemukan terjatuh di asrama sekolah berkenaan.

“Pada malam itu (sebelum Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri), seorang pelajar Tingkatan 1 membuat aduan kepada ketua asrama bahawa dia kehilangan barang-barangnya.

“Selepas itu, Zara dipanggil oleh ketua asrama dan ditanya sama ada dia mencuri barang-barang itu. Dia menafikannya dan bersumpah ‘wallahi’,” katanya kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Azahari berkata, pelajar-pelajar lain turut menggeledah lokar dan beg Zara Qairina, dan menemukan pin Jalur Gemilang milik ketua asrama.

Sekali lagi, Zara Qairina menafikan mengambilnya.

“Selepas itu, Zara meninggalkan bilik sambil menangis dan menjerit, ‘aku tidak mencuri bah, bodoh’. Saya diberitahu perkara ini oleh seorang pelajar Tingkatan 1.

“Dia keluar dari bilik dalam keadaan menangis dan menuju ke tandas. Itu adalah kali terakhir pelajar-pelajar melihatnya,” katanya.


Berita Berkaitan

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top