Pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa lega selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya, malah kini dia sudah mula teruja untuk kembali aktif dalam industri lakonan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, dia kini sedang berbincang dan mempertimbangkan drama yang sesuai untuk menjadi projek lakonan pertamanya selepas berehat daripada industri.
“Leganya dah bersalin, tak sabar nak start berlakon balik!
“Insya-Allah, ramai yang boleh take care of my babies now, so mommy can slowly make a comeback to acting semula hehe,” ciapannya, semalam.
Menurut Intan, keadaan itu membuatkan dia lebih yakin untuk perlahan-lahan kembali bekerja kerana sudah mempunyai individu yang boleh membantu menguruskan anak-anaknya.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan mengakui teruja, namun pada masa sama sedikit gementar untuk kembali ke set penggambaran selepas sekian lama berehat.
“Now tengah discuss and choosing which drama to start with. Excited but nervous at the same time! It’s been a whileee 🤭❤️,” katanya lagi.

Perkongsian itu sekali gus menunjukkan kesediaan Intan untuk kembali menghiburkan peminat menerusi karya lakonan selepas melalui fasa kehamilan dan bergelar ibu.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui sudah tidak sabar untuk melihat Intan kembali muncul di kaca televisyen, malah ada yang mula mengimbas kembali drama-drama lakonannya sebelum ini.
Artikel lain: Intan Najuwa tanya tips VBAC, terkejut jadi isu perdebatan kaum – “Tiada kaitan dengan bangsa”
Ada juga peminat yang berharap pelakon itu memilih karya yang menarik sebagai projek kemunculan semulanya, sekali gus mengubat kerinduan mereka terhadap lakonan Intan.
Mak saya peminat awak

Minat sampai sekarang

Tak sabar nak tunggu

Untuk info, Intan Najuwa mempunyai dua orang anak perempuan. Anak sulungnya bernama Imane Lunara yang dilahirkan pada Disember 2024, manakala anak kedua beliau selamat dilahirkan pada 9 Ogos 2026 dan diberi nama Imane Laudya.
Sumber: Threads intannajuwa
