Iran desak PBB kutuk 'jenayah perang' Israel di Baitulmaqdis

Iran desak PBB kutuk 'jenayah perang' Israel di Baitulmaqdis

TEHRAN: Iran menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan keras tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis timur yang diduduki, dengan menyifatkannya sebagai jenayah perang.

Lebih 200 dalam pertempuran semalam antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di tempat ketiga paling suci bagi umat Islam.

Jurucakap Kementerian Luar, Saeed Khatibzadeh, dalam satu kenyataan, berkata Iran mengecam serangan terhadap Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim penjajah Quds (Baitulmaqdis).

“Jenayah perang ini sekali lagi membuktikan kepada dunia sifat jenayah rejim Zionis yang menceroboh tanah orang lain.

“Iran menggesa PBB dan institusi antarabangsa yang berkaitan untuk bertindak atas kewajipan mereka, untuk menghadapi kejahatan perang ini,” katanya.

Ketegangan di Baitulmaqdis meningkat dalam beberapa minggu terakhir apabila Israel melarang akses penduduk Palestin ke beberapa bahagian di Kota Tua sepanjang bulan Ramadan.

Semalam, PBB meminta Israel mengakhiri pengusiran secara paksa di Baitulmaqdis timur yang diduduki, dengan mengingatkan tindakan itu boleh dianggap sebagai jenayah perang.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dalam ucapannya berkata Israel bukan sebuah negara tetapi adalah pangkalan pengganas dan menekankan bahawa memerangi rejim yang keji itu adalah tanggungjawab semua orang. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top