Iran sasar tapak ketenteraan berkaitan AS di Kuwait, Arab Saudi, Bahrain

Iran sasar tapak ketenteraan berkaitan AS di Kuwait, Arab Saudi, Bahrain
Iran sasar tapak ketenteraan berkaitan AS di Kuwait, Arab Saudi, Bahrain

Iran melancarkan gelombang baharu serangan dron yang menyasarkan tapak dan logistik ketenteraan berkaitan AS di Kuwait, Arab Saudi dan Bahrain. Foto Agensi

ISTANBUL – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menyatakan pada Khamis, pihaknya melancarkan gelombang baharu serangan dron yang menyasarkan tapak dan logistik ketenteraan berkaitan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait, Arab Saudi dan Bahrain, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik agensi berita separa rasmi Tasnim.

Menurut IRGC dalam kenyataan, gelombang ke-82 operasi True Promise 4 dilancarkan pada waktu subuh dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan termasuk pangkalan Arifjan di Kuwait, Al-Kharj di Arab Saudi dan pangkalan Sheikh Isa di Bahrain.

Menurut IRGC, tindakan balas itu adalah susulan serangan ke atas bandar Khorramshahr di barat daya Iran.

Kenyataan itu mendakwa, kemudahan logistik pertahanan AS, unit penstoran bahan api, hangar dron MQ-9 dan sistem komunikasi satelit disasarkan.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan dijalankan menggunakan peluru berlegar-legar dan “berjaya dilaksanakan” dan gelombang selanjutnya sedang berjalan.

Seluruh rantau Asia Barat berada dalam keadaan waspada sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari yang setakat ini membunuh lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran sebelum ini, Ali Khamenei.

Teheran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

Konflik menyebabkan korban dan kerosakan pada infrastruktur selain menjejaskan pasaran global dan penerbangan.- Bernama-Anadolu 

Ringkasan AI

  • IRGC Iran melancarkan serangan dron ke tapak ketenteraan AS di Kuwait, Arab Saudi, dan Bahrain
  • Serangan tersebut adalah balasan terhadap serangan ke atas bandar Khorramshahr, Iran
  • Sasaran termasuk kemudahan logistik, unit penstoran bahan api dan sistem komunikasi satelit
  • Operasi menggunakan peluru berlegar-legar dan dilaksanakan secara berjaya
  • Tindakan tersebut menyebabkan keadaan waspada di seluruh rantau Asia Barat dan mempengaruhi pasaran global
Scroll to Top