ISTAF terima satu servis, tolak guna 21 mata

ISTAF terima satu servis, tolak guna 21 mata

IMBAS KEMBALI….Aksi pemain Indonesia Diky Apriyadi (kanan) melompat untuk mendapatkan bola semasa perlawanan sepak takraw menentang Myanmar pada SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh. FOTO: AFP

CADANGAN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) supaya setiap regu hanya memperoleh satu servis berbanding sekarang tiga kali diterima Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).

Menurut, Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, cadangan PSM diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF pada 8 Disember lalu.

Bagaimanapun, ISTAF tidak dapat menerima cadang untuk 21 mata kerana badan induk itu telah membuat beberapa perubahan dalam proses mendapatkan pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Sejujurnya perubahan servis ini secara tidak langsung akan memeriahkan dan meningkatkan lagi intensiti persembahan setiap permainan pasukan.