Isteri Ben Amir Perjelas Sebab Buat Majlis Kahwin Sederhana & ‘Intimate’ 

Isteri Ben Amir Perjelas Sebab Buat Majlis Kahwin Sederhana & ‘Intimate’ 

Isteri kepada pelakon, Ben Amir iaitu Liana Alara tampil memberi penjelasan terhadap tindakan mereka mengadakan majlis pernikahan secara ‘intimate’.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Liana berkata dia dan Ben tidak memikirkan tentang majlis yang besar-besaran, sebaliknya lebih mengutamakan kehadiran orang-orang penting yang menjadi sebahagian dari perjalanan kisah cinta mereka.

“A lot of people asked us why we chose to have a simple and intimate wedding. The truth is, that’s all we ever wanted.

“Just our family and closest friends. The people who truly know us, and have been part of our journey.

“For us, it was never about a big crowd. It was about meaning presence, and celebrating with the ones who matter the most,” tulisnya.

Imbas kembali, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, sah bergelar suami kepada Liana pada Disember 2025.

Terdahulu, Liana yang berasal dari FIlipina pernah berkongsi tentang fasa baharu hidup selepas memeluk Islam pada November tahun lalu.

Menerusi Threads, Liana memperkenalkan nama Muslim, Liana Alara yang menurutnya membawa makna baharu iaitu kedamaian dan cahaya, selain meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diterima.

Artikel Berkaitan: Ben Amir Sah Bergelar Suami Pada Disember Lalu

Artikel Berkaitan: Dikritik Soal Kecantikan, Isteri Ben Amir Sekat Komen Negatif Demi Ketenangan Jiwa

Scroll to Top