Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad seolah-olah membalas kenyataan individu yang mendakwa dirinya bersikap kurang ajar baru-baru ini.
Menerusi muat naik di ruangan Instagram Story, Betty berkongsi petikan ayat ‘Pesanan Dari Tuhan’ yang menjelaskan tentang sikap seorang yang fasik.
Dalam petikan tersebut, ia seakan-akan mengingatkan pentingnya menyelidik terlebih dahulu berita yang dihebahkan.
“Pesanan dari Tuhan, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan, lalu kamu menyesal,” kongsinya.

Tidak habis disitu, Betty menerusi hantaran di TikTok miliknya, memaklumkan, hanya orang yang mengenalinya sahaja akan tahuh sama ada perkara yang dibangkitkan individu terbabit benar atau sebaliknya.

Terdahulu, pemilik perniagaan yang dikenali sebagai @aleafadam mendakwa Betty bertindak kurang ajar apabila memekik pekerjanya di acara Celeb Fest yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
Malah, itu bukanlah kali pertama dia berdepan situasi sama apabila sebelum ini kakak kepada Betty yang juga dramatis popular, Erma Fatima turut bertindak kurang ajar.
Susulan insiden yang berlaku, individu tersebut memohon aktres itu membuat permohonan maaf kepada pekerjanya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Last Year Kakak Kau Kurang Ajar, This Year Kau Pula” – Didakwa Memekik Terhadap Pekerja? Individu Gesa Permohonan Maaf Dari Betty Rahmad




