Isteri orang dibunuh bekas kekasih kerana minta belikan iPhone

Isteri orang dibunuh bekas kekasih kerana minta belikan iPhone
Isteri orang dibunuh bekas kekasih kerana minta belikan iPhone

Cubaan MAP untuk menghapuskan bukti pembunuhan kejam Ayu gagal kerana dia akhirnya diberkas pihak berkuasa. Foto Agensi

PALEMBANG – Gara-gara meminta iPhone, seorang wanita berstatus isteri orang dibunuh kejam oleh bekas kekasihnya.

Jasad mangsa dikenali sebagai Ayu Puspita Sari, 24, ditemui dalam keadaan rentung di tepi Sungai Enim, Desa Karang Raja, Kabupaten Muara Enim di Sumatera Selatan, Indonesia pada akhir bulan lalu.

Pelaku, MAP, 33, sudah pun diberkas dan kini disoal siasat pihak berkuasa.

Pembunuhan kejam itu berlaku ketika kedua-duanya bertemu secara rahsia di sebuah hotel di wilayah Kabupaten Muara Enim pada 24 Mei lalu.

Difahamkan, mereka pernah menjalinkan hubungan selama lebih setahun sebelum Ayu berkahwin dengan lelaki lain.

Laporan siasatan mendedahkan pelaku naik angin selepas didesak berkali-kali oleh mangsa supaya membelikannya iPhone model terbaharu.

MAP yang tidak dapat menahan marah bertindak mencekik mangsa hingga dia mati di tempat kejadian.

Pelaku yang panik sempat meninggalkan bilik hotel itu sebelum kembali untuk membawa keluar mayat bekas teman wanitanya yang dibungkus rapi ke Jambatan Enim III.

Dia kemudiannya membakar tubuh mangsa sebagai cubaan untuk menghapuskan bukti malah membuang cebisan jasad yang rentung ke dalam sungai.

Beberapa hari kemudian, mayat rentung itu ditemui warga setempat yang bersantai dekat jambatan berkenaan.

Pada mulanya, proses untuk mengenal pasti identiti didakwa sukar, namun keluarga berjaya mengecam Ayu berdasarkan struktur giginya.

Ia membawa kepada penahanan MAP dalam tempoh kurang 24 jam. – Agensi

Scroll to Top