Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menolak dakwaan kononnya isu rumah tangganya bersama suami adalah untuk tujuan ‘marketing’ semata-mata.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nilam memaklumkan, tujuan dia memberi kebenaran untuk suaminya itu berkahwin lain adalah disebabkan hubungan kedua-duanya sudah lama terjalin iaitu semenjak mereka belum mendirikan rumah tangga lagi.
Lebih mengejutkan, Nilam juga berkongsi bahawa kekasih suaminya itu adalah wanita yang bertanggungjawab dalam isu sihir sehingga menyebabkan kehilangan anak yang dikandungnya sebelum ini.
“Perempuan ni dia sekejap pakai tudung, sekejap dia tak pakai… sekejap baik, sekejap tak baik. Faham tak?
“Mereka couple dah lama sebelum saya kahwin dengan abang Lan lagi.
“Semua ingat tak masa kes saya hilang anak semua tu… sebenarnya daripada dia lah.
“Kenapa kasi dia kahwin? Habistu kalau kata dua-dua nak kita tak boleh nak buat apa juga. Sebab abang Lan ke arah tu.
“Lagipun sebagai isteri kita tahu bila suami kita nak kahwin lain. Bila orang cakap ini marketing saya tak setuju. Sebab saya rasa bukan kot,” katanya.
Mengaku sebelum ini dia pernah untuk menarik diri, Nilam bagaimanapun percaya, perkahwinannya bersama Azlan kekal sehingga ke hari ini disebabkan ujian dari Allah.
“Jujur saya cakap, kalau ikutkan hati saya pun nak tarik diri, saya pun nak bahagia dik … tapi apa yang menyebabkan kita tak boleh? Pernah tak rasa macam tu, tak sayang tapi kenapa masih kekal bersama sebab Allah yang izinkan.
“Pernah tak fikir, kalau sayangkan seseorang tu, tapi kalau Allah tak izinkan, tetap tak jadi begitu juga sebaliknya.
“Sebenarnya saya menganggap ini semua adalah ujian. Saya fikir kalau saya lepaskan hubungan ni, nanti ia akan rileks, tapi ini adalah penentu sama ada kami berjodoh panjang atau sebaliknya. Sebab perempun ni psiko,” jelasnya.




