Izzue Islam Nafi Suka Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

Izzue Islam Nafi Suka Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

Dilihat sering memuat naik momen bersama isteri, pelakon Izzue Islam nafi menayang kebahagiaan sebaliknya merakamkan memori bersama.

Memetik Oh Bulan, Izzue berkata rumah tangganya bersama Awin Nurin sama seperti pasangan lain pasti akan ada selilih faham. Namun, Izzue berkata setiap kali berselisih faham tidak perlu berpanjangan dan perlu selesaikan bersama pasangan.

BACA: Isteri Hadiahkan Izzue Islam Nissan GT-R R35 Sempena Hari Jadi

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasangan mana yang tak pernah bergaduh? Memang akan ada. Cuma, semuanya bergantung kepada cara kita menguruskan rumah tangga. Kalau merajuk, janganlah lama-lama. Kalau bergaduh pun, jangan berpanjangan.

“Apa yang dikongsikan bukan untuk menunjuk, sekadar menyimpan memori. Kalau ada yang melihatnya positif atau boleh dijadikan inspirasi, Alhamdulillah. Kalau ada yang menganggap kami menunjuk-nunjuk pun, itu hak mereka,” katanya.

Ditannya mengenai rahsia kekalkan rumah tangga harmoni, Izzue berkata dia dan isteri tiada petua sebaliknya sentiasa hargai momen gembira dan rakam untuk dijadikan kenangan.

“Alhamdulillah, kalau tanya saya, memang tak ada petua istimewa. Apa yang kami kongsikan di media sosial memang diri kami yang sebenar.

“Kalau ada momen yang menggembirakan, kami rakam dan muat naik. Ia menjadi kenangan untuk kami lihat semula supaya sentiasa ingat jangan bergaduh lama-lama,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top