‘Jangan lagi beri AP kepada syarikat luar import gula masuk Malaysia’- FELDA
am@hmetro.com.my
Butterworth: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) meminta kerajaan supaya tidak lagi memberikan permit import (AP) kepada mana-mana syarikat pengeluar gula bertapis dari luar untuk masuk mengimport bahan asas mereka ke negara ini.
Ia susulan pengeluaran gula bertapis oleh syarikat tempatan pada masa ini sudah melebihi keperluan yang diperlukan rakyat.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata tiada keperluan untuk memberikan lagi AP kepada syarikat pengeluar gula dari luar sebaliknya mengenakan cukai atau tarif kepada mereka yang ingin membawa masuk komoditi itu untuk dipasarkan di negara ini.
” Bagi saya, tidak perlu untuk kita mengimport lagi kerana bukan soal berapa cukai yang perlu diberikan kepada mereka tetapi sebab yang ada dalam negara kita sudah berlebihan.
“Kerajaan juga sudah mengawal harga supaya (gula) tidak dijual dengan harga berlebihan yang pengguna kini menikmati harga tetap RM2.85 (sekilogram) yang ia antara termurah.
“Kalau dibandingkan, saya rasa Vietnam jual lebih RM7, Filipina (lebih RM8) manakala Thailand dan Indonesia (lebih RM5) yang lebih mahal dari kita dan mengapa kita nak benarkan lagi import,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke kilang pengeluaran jenama gula bertapis terkemuka di Perai bersama pihak media, di sini, hari ini.
Jelasnya,kira-kira 60,000 ke 70,000 metrik tan gula setahun diimport masuk ke negara ini yang dijual pada harga sama seperti di Malaysia.
“Di sini kita pelik mengapa mereka (pengimport) tak boleh jual dengan harga murah di tempat mereka yang ertinya ada unsur ‘dumping’ (pembuangan gula) yang sebab itu Vietnam mengenakan sekatan di bawah anti pembuangan dan anti subsidi sekiranya ambil gula daripada tempat lain.
“Malah, mereka mengenakan cukai sehingga 40 peratus demi menjaga kepentingan industri tempatan yang Malaysia sepatutnya mengenakan tarif atau cukai dalam hal ini.
“Oleh sebab itu juga, Amerika Syarikat turut buat perkara sama (kenakan tarif) bagi melindungi kepentingan dalaman mereka,”‘katanya.
Tegasnya,pemberian AP juga bakal menjejaskan operasi kilang tempatan selain pekerja berisiko kehilangan pekerjaan sekali gus membawa impak kepada ekonomi negara.
habis//
#kw, FELDA, AP, gula bertapis, Butterworth
From: zati
© New Straits Times Press (M) Bhd




