Jaslinda ditemui dalam keadaan sedar, operasi SAR ditamatkan – Polis

Jaslinda ditemui dalam keadaan sedar, operasi SAR ditamatkan – Polis

Ipoh: Pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang ditemukan dalam keadaan selamat petang tadi dibawa ke sebuah kampung Orang Asli bagi diberi bantuan awal dan makanan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan sedar di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh dekat Tapah sebelum dibawa ke rumah penemu untuk diberikan bantuan awal dan makanan.

“Pihak polis telah membuat pengesahan penemuan tersebut dan menguruskan tindakan lanjut termasuk pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada 24 Mei lepas ditamatkan secara rasmi setelah mangsa berjaya ditemukan dengan selamat.

“Pihak Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), sukarelawan, masyarakat Orang Asli dan orang awam yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi ini berlangsung,” katanya.


Berita berkaitan

Terima kasih lindungi Jaslinda – PM

‘Saya jatuh berkali-kali’ – kongsi Jaslinda dalam video tular

‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak

Kronologi kehilangan Jaslinda

Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’

SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat

‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda

Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top