JDT umum jalinan kerjasama dengan Subway

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Johor Bahru: Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) membuktikan bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menjalinkan kerjasama dengan sebuah francais makanan dari negara Amerika Syarikat, Subway. Jalinan kerjasama itu diumumkan menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers semalam.

Restoran sandwich itu akan membuka kedai mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun 2021. Ia sekaligus meletakkan Subway dalam senarai baru usaha sama bertaraf antarabangsa yang dijalinkan JDT selepas SWAG, Nike dan Hublot.

Pada masa ini, Harimau Selatan sedang dalam proses rundingan dengan tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium itu.

“Stadium Sultan Ibrahim direka untuk menjadi destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak. Luaskan Kuasamu Johor”, kata kenyataan itu.

Sememangnya jalinan kerjasama itu secara tidak langsung akan terus mengukuhkan kedudukan JDT sebagai kuasa besar dalam sukan bola sepak tanah air pada masa akan datang.

Sumber: UM

Akmal Hakim
Sports Desk