Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq pulang ke Pendang, Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Nibong Tebal: Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad selesai dimandikan dan dikafankan sebelum dibawa untuk dikebumikan di Pendang, Kedah.

Terdahulu, jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan neneknya, Zainab Wahab, 46, selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) pada 1.40 tengah hari.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan unit forensik dengan kunjungan ahli keluarga penyerang bola sepak terbabit yang datang memberi sokongan.
Malah, Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut hadir menziarahi Muhammad Syafiq yang dilihat sugul dan kepenatan ekoran kemalangan yang menimpanya dan bersama ahli keluarganya. Kenderaan membawa kedua-dua jenazah sudah bertolak ke Pendang pada 3.30 petang tadi.

Malay News
Sports Desk