am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Jenazah Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Panjang, di sini, pagi ini.
Adik Allahyarham Raja Nurfatimah, Raja Abdul Malek Ham, 42, berkata proses bedah siasat siap dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Kajang, kira-kira jam 10.20 malam/
Katanya, jenazah akan dimandi dan dikafankan sebelum dibawa ke Masjid Jamek Kajang untuk disolatkan.
“Kami akan bertolak ke Terengganu dan dijangka tiba jam 6 pagi, atas permintaan ibu, Khatijah Muda, jenazah akan disolatkan kali kedua sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk urusan pengebumian.
“Kita jangka jenazah akan dikebumikan jam 10 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Raja Abdul Malek berkata, seluruh ahli keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan New Straits Times Press (NSTP) kerana membantu pengurusan jenazah.
© New Straits Times Press (M) Bhd




