Johan Dah 10 Tahun Hidup Tiada Media Sosial

Ketika ramai selebriti merasakan media sosial merupakan medium untuk mereka kekal relevan, pelawak dan penyampai radio, Johan mendedahan sudah 10 tahun hidup tanpa mempunyai aplikasi media sosial.

Memetik Utusan Online, Johan berkata meskipun tiada media sosial, namun dia mengetahui mengenai isu semasa melalui Google.

BACA: Tak Suka Berkongsi, Johan Hantar Sodiq Ke Rumah Anak Yatim Untuk Beri Kesedaran

Menurut Johan lagi, keputusan untuk tiada aplikasi media sosial dilakukan demi keluarga kerana cukuplah kehidupannya bersama isteri serta anak-anak.

“Saya rasa hidup saya lebih konsisten. Cukuplah hidup saya bersama isteri, bawa anak pergi gim atau bermain. Semua ini untuk keluarga saya. Kadang anak-anak bermain, saya dan isteri duduk berdua.

“Kalau kerja pula, sebelum ke udara, ada yang akan maklumkan dahulu apa terjadi atau perkara tular kepada saya. Tugas saya pula akan ulas di radio. Saya pula jenisn tidak ingat apa benda yang tular. Saya lebih suka berjumpa berdepan macam sekarang ini. 

“Saya ingat muka awak, berbanding dalam video. Kadang dalam gambar lain, jumpa depan lain pula,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkongsian isterinya, Ozlynn yang sering berkongsikan kebaikannya di media sosial, Johan berkata hanya menjalani kehidupannya seperti biasa dan bekerja demi keluarga.

“Saya anggap tanggapan itu semua bonus. Kalau boleh hidup ini saya tidak mahu jalani dek puji, mati dek keji. Saya tak nak macam itu. Saya menjalani kehidupan saya saja. Tak peduli orang nak cakap apa.

“Saya cuma cari makan sahaja. Kerja saya ialah fikir macam mana saya mahu bayar semua. Saya bekerja untuk keluarga dan buat mereka bahagia. Saya ingat nasihat isteri setiap kebaikan kena mulakan dari rumah.

“Sebab itu saya tak nak baca apa orang komen. Kalau mereka rasa itu terbaik, ambil. Sebab sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Saya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki sebab ibadah yang saya ada pun tidak cukup untuk bawa saya ke alam sana nanti,” katanya.

Sumber: Utusan Online


Scroll to Top