Johan Ghazali bakal buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares

Johan Ghazali bakal buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares

Johan mempamerkan aksi luar biasanya sepanjang beraksi dalam ONE Championship musim ini. – Foto Astro Arena

PETARUNG muda negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali, akan melakukan penampilan pertamanya dalam Primetime US, ONE Championship pada 8 Disember depan.

Pada hari berkenaan, bintang meningkat naik itu akan bertarung dengan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17.

Kedua-dua petarung itu akan bertembung dalam acara flyweight di Stadium Tinju Limpinee di Bangkok, Thailand.

Jojo, 16, mempamerkan aksi luar biasanya sepanjang beraksi dalam ONE Championship musim ini.

Scroll to Top