Johan Ghazali Bercinta Dengan Seorang Doktor? Netizen Makin Tak Keruan | Oh! Media

Johan Ghazali Bercinta Dengan Seorang Doktor? Netizen Makin Tak Keruan | Oh! Media

Atlet Muay Thai kebanggaan negara, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo, sekali lagi jadi bualan netizen selepas dia memuat naik satu video mesra bersama gadis yang sama, Queenna Khan.

Dalam video yang dikongsi di TikTok, Jojo kelihatan selamba dan manja membiarkan dirinya ‘dirawat’ oleh Queenna, yang sedang memotong benang jahitan pada kecederaan dialaminya ketika bertarung di ONE 170 di Impact Arena, Bangkok baru-baru ini.

Video Jojo dan Queenna tular di media sosial

‘Date night‘ tulis Jojo ringkas di kapsyen, seakan memberi ‘hint’ hubungan istimewa mereka berdua.

BACA: “Lain Semua Boleh Pergi Mampus” – Jojo Bengang Dikritik ‘Coach’ Media Sosial Selepas Kalah

Segelintir netizen tak keruan

Seperti biasa, netizen pantas ‘membanjiri’ ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Ada yang mendoakan cepat ke jinjang pelamin, dan ada juga yang berangan nak jadi Queenna sebab dipercayai gadis itu seorang doktor.

Sebelum ini, Jojo pernah berkongsi gambar bersama Queenna berbaju merah di TikToknya, mencetuskan spekulasi bahawa mereka memang ada hubungan istimewa. Tapi setakat ni, masih tiada pengesahan rasmi daripada Jojo sendiri.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia sukan atau kerjaya yang penuh tekanan, sokongan daripada insan tersayang boleh menjadi pemangkin kejayaan. Seperti kisah Johan Ghazali yang dikaitkan dengan seorang doktor, ini menunjukkan betapa pentingnya pasangan yang memahami dan menyokong perjalanan hidup kita.

Namun, dalam menjalani kehidupan peribadi, ingatlah untuk menjaga privasi dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan besar. Perhatian netizen mungkin boleh memberi tekanan, tapi yang lebih utama adalah kebahagiaan dan kestabilan dalam hubungan itu sendiri.


Scroll to Top