Johor Jewels hormat semua pasukan

Johor Jewels hormat semua pasukan

Skuad Johor Jewels akan membuat perhitungan dengan KL Wildcats dalam aksi pertama NSL 2023 di Bukit Kiara pada Jumaat.

SKUAD bola jaring Johor Jewels tetap menghormati setiap pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023 biarpun tampil sebagai juara bertahan.

Bakal membuka tirai kejohanan menentang ‘musuh tradisi’, skuad Jewels tetap menganggap Wildcats sebagai pasukan yang kuat menjelang aksi sulung di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Jumaat.

Pengurus pasukan M Juanita Primrose berkata, peluang semua pasukan untuk mengungguli edisi ketiga kejohanan adalah seimbang kerana mereka membuat persiapan yang rapi bagi membentuk skuad yang kuat.

Beliau juga optimis kesemua pasukan bakal memberikan tentangan sengit kepada pasukan lawan, lebih-lebih lagi apabila menentang Jewels.

Scroll to Top