Kad merah terpaling jejas momentum Iraq

Kad merah terpaling jejas momentum Iraq

Aymen Hussein dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua. Foto Agensi

PENGENDALI Iraq, Jesus Casas menyifatkan tindakan pengadil melayangkan kad merah terhadap penyerang Aymen Hussein, mengubah momentum aksi pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023 menentang Jordan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu.

Casas berkata: “Dalam kejohanan besar seperti Piala Asia, anda tidak boleh mengenepikan pemain selepas meraikan gol.

“Perkara yang sama berlaku pada separuh masa pertama dengan pemain Jordan (Yazan Al-Naimat, 1 minit 30 saat) meraikan dan pengadil tidak mengambil sebarang tindakan (berbanding Aymen Hussein, 1 minit 16 saat).

“Masalahnya adalah pada masa kad merah ini. Ia berlaku selepas kami menggunakan semua pertukaran kami, jadi ia situasi yang sangat sukar.