KAIA sediakan empat dewan jual air zam-zam

KAIA sediakan empat dewan jual air zam-zam

JEDDAH — Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah menyediakan empat dewan untuk menjual air zam-zam.

Menurut KAIA, jemaah haji yang menaiki penerbangan antarabangsa boleh membeli air zam-zam berkenaan di luar pintu dewan utara.

Selain itu, KAIA turut menyediakan dewan menjual air zam zam di dalam Dewan A, di luar pintu B2 serta di luar pintu C2.

Katanya, setiap jemaah hanya boleh membeli sebotol air zam-zam dengan kapasiti maksimum lima liter sahaja.- Agensi

 

Scroll to Top