Kak KM tak lokek kongsi rezeki, habiskan RM10,000 belanja staf makan

Kak KM tak lokek kongsi rezeki, habiskan RM10,000 belanja staf makan

Selain kontroversi, usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli juga terkenal dengan sikap pemurahnya berkongsi rezeki terutama membahagiakan ahli dan belanja keluarganya.

Bukan itu sahaja, Kak KM yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri turut bersikap dermawan terhadap para pekerjanya dengan sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit, baru-baru ini.

Kak KM gembira, belanja staff makan malam

Menurut Kak KM, dirinya tidak kisah menghabiskan hampir RM10,000 untuk makan malam di sebuah restoran, asalkan dapat menggembirakan pekerjanya.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, dilihat Kak KM sedang membuat transaksi pembayaran selain jelas memaparkan usahawan tersebut berkumpul bersama-sama pekerja dan menganggap ia sebahagian daripada rezeki mereka.

“Ada dua bil, jumlah keseluruhan RM10,000 sekali makan! Apa ada hal, staf saya!
“Jangan berak dua minggu,”seloroh Kak KM dalam video memaparkan dua keping resit yang mana apabila digabungkan jumlahnya bernilai RM9,648.85.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seramai 10 pekerja Kak KM tersenyum dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepadanya.

@sweetdara.kmbeauty

Belanja staff km.. #kmbeauty

♬ original sound – Saintbaily – Saintbaily

Semoga dimurahkan rezeki

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet memuji sikap usahawan tersebut sebagai majikan yang tidak bekira dengan pekerjanya.

Kak KM belanja Kak KM belanja

Terima kasih kerana setia dan jujur

Selain belanja pekerjanya makan, Kak KM juga menyerahkan bonus kepada mereka atas tanda terima kasih kerana bersikap jujur dan setiap dalam melakukan pekerjaan.

Dia juga berharap agar tahun 2024 memberi kebaikan dan lebih membuahkan hasil buat perniagaannya agar dapat memberikan bonus.

Sumber: TikTok @sweetdara.kmbeauty, Instagram @lianarosli_official