Pengawal peribadi usahawan dan selebriti, Nur Fazura iaitu Shahaszrin menyatakan kenyataannya yang sentiasa akan mengutamakan keselamatan majikannya itu.
Menerusi akaun TikTok bernama @hantugym, Shahaszrin berkongsi sebuah video memaparkan dirinya menemani dan ‘melindungi’ Fazura sepanjang berada di mana-mana majlis.
Di ruangan kapsyen, Shahaszrin berkata dia tidak menghiraukan segala kritikan atau tohmahan netizen terhadap Fazura, apa yang paling utama adalah keselamatan selebriti itu.
“Ada yang kecam. Ada yang menyokong. Tak kisah la apa pun. Aku ok je. Yg penting aku ditugaskan menjaga keselamatan boss aku.
“Kalau aku rasa benda tu mungkin akan mengganggu perjalanan majlis, aku akan buat apa yang sepatutnya aku buat.
“Kalau semuanya dalam keadaan ok, tak perlu aku nak jadi tegas. Apa pun keselamatan boss aku tetap nombor satu. Apa orang nak kata itu terpulang. Aku cuma buat kerja aku,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada pengawal peribadi Fazura kerana setia menjaganya di setiap acara.
@hantugym Sogo ✅. Ada yg kecam. Ada yg menyokong. Tak kisah la apa pun. Aku ok je. Yg penting aku ditugaskan menjaga keselamatan boss aku. Kalau aku rasa benda tu MUNGKIN akan mengganggu perjalanan majlis, aku akan buat apa yg sepatutnya aku buat. Kalau semuanya dalam keadaan ok, tak perlu aku nak jadi tegas. Apa pun keselamatan boss aku No 1. Apa orang nak kata itu terpulang. Aku cuma buat kerja aku. 🫵🏻😉 #fazura #missfazura #boss #ladyboss #alhamdulillah #syukur #fyp




