Pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian selepas komen yang ditinggalkan pada sesi live rakan baiknya tular.
Menerusi video yang dikongsikan peminat di platform TikTok, sesi siaran langsung yang dipaparkan itu adalah bertujuan mempromosikan produk kecantikan bibir milik Bella.
Bagaimanapun, sesi tersebut kemudian bertukar menjadi topik perbualan antara peminat Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang juga digelar sebagai #Bass.
“Ya Allah kau orang ni, kawan-kawan Bella kalau anda semua datang kenduri kami semua akan pakai baju BASS dan akan jadi pekerja masa tu.
“Dan yang perempuan semua akan dapat reben. Dan Aus akan make up lawa-lawa.
“Anda semua akan dijemput kalau contohnya mereka kahwin. Takkan lah tak jemput,” selorohnya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah, komen yang ditinggalkan Bella menerusi sesi LIVE tersebut.
“Kalau aku kahwin kau make up tak?,” katanya.
Sementara itu, menerusi perkongsian sama, rakan Bella yang dikenali sebagai Ami Ilana pula turut mendedahkan panggilan yang digunakan aktres itu kepada ibu Syed Saddiq adalah ‘Mama’.
“Bella panggil apa dekat mama YB? Mama,” kongsinya ringkas.




