Perkongsian ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop menjadi perhatian apabila memuat naik gambar berada di balai polis.
Menerusi satu hantaran, seolah memberi bayangan hubungan Ariz dengan anaknya berada dalam keadaan tidak baik serta mendakwa anaknya membuat perintah injuksi mahkamah.
BACA: Semakin Laris, Anna Jobling Terima 3 Lagi Tawaran Filem di Indonesia

Menurut ibu Anna, dia tidak gentar dengan peguam dan reda seandainya perlu masuk ke penjara kerana dia pernah lalui onak duri serta bergadai nyawa untuk membesarkan anaknya.

Malah, Aris mendakwa dia telah dikunci dalam kereta dan terpaksa menumbuk cermin kerana panic attack sehingga menyebabkan tangannya bengkak.
Sumber: mStar Online




