“Kalau Orang Gosip Tentang Kita, Bermakna Kita Penting Dalam Hidupnya” – Nourul Depp Pesan Jangan Mudah ‘Down’

“Kalau Orang Gosip Tentang Kita, Bermakna Kita Penting Dalam Hidupnya” – Nourul Depp Pesan Jangan Mudah ‘Down’

Penyanyi dan usahawan, Nourul Depp tampil memberi pesanan berbisa tapi mempunyai makna mendalam terutamanya buat mereka yang sering menjadi bahan bualan atau kecaman orang sekeliling.

Menerusi satu video di TikTok miliknya, Nourul menegaskan seseorang tidak perlu berasa tertekan jika menjadi topik perbualan orang lain kerana itu tanda mereka sebenarnya ‘penting’.

“Ha… orang suka cakap tentang kita, suka bergosip, suka bagi pendapat. Ketahuilah bahawa kita ni penting dalam hidup mereka,” katanya.

Pelantun lagu Kerana Terluka ini turut berkata, cara terbaik berdepan situasi sebegitu adalah dengan berfikir positif dan tidak membiarkan kata-kata orang mengganggu ketenangan diri.

“Bersyukurlah, ucap terima kasih. Tak sangkanya saya ni penting dalam hidup awak sampai suka sangat bercakap pasal saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kasih Ku Pinjam Wajahmu ini turut mengingatkan agar tidak terlalu takut dengan pandangan orang lain kerana mereka bukan penentu rezeki kita.

“Jangan takut dengan apa orang nak cakap. Mereka bukan yang bayar bil kita, bukan yang suapkan kita makan atau bantu kita bekerja,” jelasnya.

@nouruldepp1

#onthisday

♬ original sound – NOURULDEPP – NOURULDEPP

Scroll to Top