harisfadli@hmetro.com.my
Kajang: Pihak polis memohon bantuan awam bagi mengesan Lee Chee Hau, 23, yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sekitar Genting Highlands, Pahang Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan orang hilang (OH) berkenaan pada 11.32 malam kelmarin.
”OH berketinggian dianggarkan 175 sentimeter (cm) ke 180 cm, bertubuh kurus dengan berat kira-kira 70 kilogram (kg), berambut lurus dan pendek serta berkulit cerah.
”Pihak polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan OH untuk tampil ke balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan OH terbabit juga boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi talian 03-8911 4222 atau kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Nor Azliza Abdullah di 019-253 7319.
© New Straits Times Press (M) Bhd
