Kamil Munim minta jangan belanja melebihi peruntukan – “Besar pasak daripada tiang, jahanam negara”

Kamil Munim minta jangan belanja melebihi peruntukan – “Besar pasak daripada tiang, jahanam negara”

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mengkritik tindakan berbelanja melebihi jumlah peruntukan yang diluluskan, yang disifatkan tidak wajar kerana berpotensi memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara.

Kamil Munim minta jangan belanja melebihi peruntukan – “Besar pasak daripada tiang, jahanam negara”

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan Harian Metro, menurutnya, perbelanjaan yang melangkaui had ditetapkan perlu diberi perhatian serius bagi memastikan pengurusan kewangan kerajaan kekal berhemah.

“Macam mana nak cukup kalau belanja lebih daripada peruntukan yang telah ditetapkan. Besar pasak daripada tiang. Jahanam negara macam ini,” katanya yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan menerusi hantaran di Facebook.

Difahamkan kenyataan itu dibuat susulan penjelasan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican mengenai perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek jalan luar bandar yang didakwa melebihi peruntukan tahunan diluluskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Johan berkata, pada 2023, KKDW merekodkan perbelanjaan sebenar sebanyak RM1.8 bilion, berbanding RM1.1 bilion yang diperuntukkan.

Jumlah tersebut meningkat pada 2024 apabila perbelanjaan sebenar kementerian mencecah RM2 bilion, sedangkan peruntukan yang diluluskan hanya RM1.3 bilion.

Bagi 2025 pula, KKDW membelanjakan RM2.3 bilion berbanding peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Sementara itu, bagi 2026, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah RM2.1 bilion, manakala perbelanjaan sebenar sehingga Jun lalu sudah mencapai RM1.9 bilion.

Artikel lain: Judi tetap haram tapi tak bermaksud fitnah, mencelakakan saudara Islam menjadi halal – Kamil Munim

Johan berkata, Kementerian Kewangan kini bekerjasama dengan KKDW bagi menangani perkara berkenaan, termasuk menyusun semula peruntukan kementerian berdasarkan keutamaan.

Langkah itu bertujuan memastikan peruntukan yang tersedia dapat diurus dengan lebih teratur serta disalurkan kepada projek dan keperluan yang diberi keutamaan.

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top