Karangkraf, Media Prima perkukuh kerjasama demi kelangsungan industri media

Karangkraf, Media Prima perkukuh kerjasama demi kelangsungan industri media
Karangkraf, Media Prima perkukuh kerjasama demi kelangsungan industri media

Program Kunjungan Korporat Karangkraf ke Media Prima Berhad Balai Berita, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, Bangsar diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Rafiq Razali, Pengerusi Karangkraf Firdaus Hussamuddin serta Ketua Komunikasi Korporat & Hubungan Strategik Karangkraf Nik Justin Nik Mohd Ariffin pada Selasa. FOTO SINAR HARIANASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR – Karangkraf Sdn Bhd dan Kumpulan Media Prima Berhad terus memperkukuh hubungan strategik menerusi pelbagai inisiatif kerjasama bagi memastikan industri media kekal relevan, mampan serta berdaya saing dalam mendepani cabaran semasa.

Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, meskipun kedua-dua organisasi sering dilihat sebagai pesaing dalam industri media dan penerbitan akhbar, banyak kolaborasi telah lama terjalin khususnya aspek operasi dan pembangunan industri.

Menurut beliau, lawatan korporat menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memahami perkembangan terkini dalam landskap media yang semakin mencabar.

“Pemain industri media perlu terus bersatu dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks.

“Pada zaman sekarang, semua organisasi media perlu sehaluan kerana kita memikul tanggungjawab besar untuk menjaga kebajikan masyarakat serta menjadi suara rakyat,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke ibu pejabat Media Prima, di sini pada Selasa.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Karangkraf, Akmal Eirfan Fauzi; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print, Azizi Fickry dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Rafiq Razali.

Dalam pada itu Firdaus menjelaskan, hubungan baik antara pengamal media pelbagai organisasi mampu memperkukuh ekosistem industri selain meningkatkan kualiti penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Menurutnya, kedua-dua entiti itu merupakan antara organisasi media yang telah lama bertapak dalam industri dan mempunyai kematangan untuk menilai serta melaksanakan inisiatif terbaik demi kepentingan rakyat.

Program Kunjungan Korporat Karangkraf ke Media Prima Berhad Balai Berita, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, Bangsar diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Rafiq Razali, Pengerusi Karangkraf Firdaus Hussamuddin serta Ketua Komunikasi Korporat & Hubungan Strategik Karangkraf Nik Justin Nik Mohd Ariffin pada Selasa. FOTO SINAR HARIANASRIL ASWANDI SHUKOR

Program Kunjungan Korporat Karangkraf ke Media Prima Berhad Balai Berita, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, Bangsar diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Rafiq Razali, Pengerusi Karangkraf Firdaus Hussamuddin serta Ketua Komunikasi Korporat & Hubungan Strategik Karangkraf Nik Justin Nik Mohd Ariffin pada Selasa. FOTO SINAR HARIANASRIL ASWANDI SHUKOR

Sementara itu, Rafiq berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bersama termasuk melibatkan percetakan dan penghantaran akhbar.

Malah ujarnya, projek kerjasama itu berjaya disempurnakan dengan baik dan memberi keyakinan kepada kedua-dua pihak untuk meneroka peluang baharu pada masa hadapan.

“Kita turut menjemput rakan-rakan strategik untuk melawat pejabat baharu syarikat bagi mengeratkan lagi hubungan sedia ada,” katanya.

Mengulas kemungkinan kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan, beliau memaklumkan, perbincangan akan terus diteruskan bagi mengenal pasti peluang baharu yang boleh diterokai bersama.

“Semua sedia maklum bahawa perniagaan media bukanlah industri yang mudah.

“Apa sahaja yang boleh dilakukan secara bersama bagi memastikan perniagaan terus berkembang dan kekal mampan, kami sentiasa terbuka untuk berbincang,” jelasnya.

Scroll to Top