Keanu Azman Enggan Promosi Artis Barat Pro-Isr**l Antara Punca Tinggalkan Dunia Radio – “Saya Tak Nak Hipokrit”

Keanu Azman Enggan Promosi Artis Barat Pro-Isr**l Antara Punca Tinggalkan Dunia Radio – “Saya Tak Nak Hipokrit”

Pengacara dan personaliti TV, Keanu Azman mendedahkan salah satu punca dia mengambil keputusan meninggalkan dunia radio kerana enggan terlibat dalam mempromosikan artis antarabangsa yang menyokong Isr**l.

Menerusi platform Threads, Keanu menjelaskan dia tidak mahu kelihatan hipokrit dalam perjuangannya memboikot produk berkait Isr**l, tetapi dalam masa sama tetap memainkan lagu artis pro-Zionis.

“Salah satu sebab saya tinggalkan Hitz dulu adalah kerana terlalu ramai artis yang kami mainkan sebenarnya menyokong Israel. Saya tak nak jadi hipokrit,” katanya.

Dalam masa sama, Keanu juga meluahkan rasa bersyukur kerana keputusan itu bukan sahaja memberi ketenangan, malah membuatkan dirinya lebih selesa dengan prinsip yang dipegang.

Dalam masa sama, dia juga gembira apabila semakin ramai selebriti Barat kini berani menyatakan solidariti bersama Palestin.

“Saya rasa lega sebab dah makin ramai artis antarabangsa yang sokong Palestin,” kongsinya.

Scroll to Top