am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Peserta Ekspedisi ‘Perjalanan ke Amerika Selatan 2025’ San Antonia, Chile berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, di sini, hari ini.
Ekspedisi selama 90 hari itu dijadualkan bermula pada 10 Disember hingga 5 Mac 2025 membabitkan enam negara iaitu Chile, Argentina, Bolivia, Peru, Ecuador dan Colombia dengan jarak perjalanan 25,000 kilometer (km).
Ekspedisi anjuran Motoshoot Event Sdn Bhd yang diketuai oleh Rosmadi Saad bersama Mohd Adha Zainal Aznam, Mohamed Nasir, Khairul Anuar dan Zabidi Abu Bakar dijangka memulakan perjalanan pada 10 Disember selepas selesai urusan berhubung motosikal di Port San Antonio, Chile selesai.
Rosmadi berkata, ekspedisi itu menjanjikan pemandangan yang indah buat pengembara, namun urusan dokumentasi agak rumit dan kos penghantaran agak mahal.
Pada masa sama, beliau memohon doa supaya ekspedisi itu berlangsung dengan selamat dan sampai ke titik penghujung.
© New Straits Times Press (M) Bhd




