Tokoh pembangunan Sony PlayStation letak jawatan

Tokoh pembangunan Sony PlayStation letak jawatan

saufi@mediaprima.com.my

Individu penting dalam perkembangan PlayStation, Shuhei Yoshida mengumumkan untuk meletakkan jawatan pada Januari depan.

Bekas Presiden Sony Interactive Worldwide Studios (SIE) dan juga Ketua Pembangunan Permainan Indie SIE mengumumkan keputusan itu minggu lalu.

Yoshida pernah memegang jawatan Presiden Sony Interactive Worldwide Studios (SIE) bermula 2008 hingga 2019 sebelum memegang jawatan Ketua Pembangunan Permainan Indie SIE.

Menerusi blog PlayStation, Yoshida berkata, beliau sudah 31 tahun bersama PlayStation dan perkara itu membuatkannya berfikir untuk meneruskan perjalanan tanpa PlayStation.

“Apabila saya sudah berkhidmat 30 tahun, saya terfikir mungkin sudah tiba masanya untuk saya pergi, PlayStation sudah popular dan kita mempunyai barisan kepimpinan generasi baharu.

“Pastinya, saya lebih teruja dengan masa depan PlayStation yang baharu, untuk melihat permainan baharu dan kepelbagaian dalam platform konsol ini,” katanya.

Awal November lalu, Sony mengumumkan pelancaran variasi baharu konsol keluarannya iaitu PS5 Pro.

Variasi baharu PS5 itu sudah dijual lebih 78,000 unit di Jepun pada minggu pengenalannya.

Penjualan PS5 Pro itu juga sudah melepasi kejayaan penjualan PS4 Pro untuk minggu pertama keluaran ketika itu sekitar 65,000 unit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top