“Kena Covid-19 sorok, kau punya kontroversi bangga pulak,” -Tiz Zaqyah

“Kena Covid-19 sorok, kau punya kontroversi bangga pulak,” -Tiz Zaqyah

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan ada  satu produksi pengambaran yang lari balik ke Kuala Lumpur setelah tujuh daripada kru didapati positif Covid-19 di Perak

Susulan daripada itu, ramai yang meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab produksi tersebut kerana merasakan ia satu perbuatan mementingkan diri sendiri  selepas hanya mendiamkan perkara ini berlaku.

Beberapa selebriti dan juga orang industri telah menyatakan rasa ralat mereka terhadap apa yang berlaku dan pastinya memberi impak kepada pekerja seni yang lain di masa hadapan.

Salah seorang yang menyelar tindakan kurang cerdik tersebut adalah pelakon terkenal, Tiz Zaqyah apabila meluahkan rasa geramnya di Twitter merujuk kepada para selebriti yang enggan mengaku dijangkiti Covid-19.

Ciapan ringkas tapi padat di ditulis oleh Tiz Zaqyah telah mendapat perhatian umum dan masing-masing menyokong apa yang dikatakan pelakon tersebut.

Ada juga yang bersangka baik dengan menganggap tujuan mereka merahsiakan dijangkiti Covid-19 ini bagi mengelakkan mendapat kecaman dari netizen.

Sumber: Twitter @TI25AQYAH

 

 

 

 

 

Scroll to Top