Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik 15 Hingga 45 Peratus | Oh! Media

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik 15 Hingga 45 Peratus | Oh! Media

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji bagi penjawat awam dengan kenaikan sebanyak 15 peratus untuk kumpulan pelaksana dan 7 peratus untuk pengurusan tertinggi.

Perdana Menteri berkata, pelarasan ini akan dilaksanakan secara bertahap, dengan fasa pertama bermula pada 1 Disember ini.

Fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026 dan kita melaksanakannya secara berfasa kerana kekangan dan mahu mengelakkan inflasi.- Kata Anwar semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 yang berlangsung hari ini.

Pelarasan gaji ini adalah berita baik bagi penjawat awam, khususnya mereka dalam kumpulan pelaksana yang bakal menikmati kenaikan yang lebih besar. Langkah ini diambil untuk membantu menangani kos sara hidup sambil memastikan ekonomi negara kekal stabil.

Berita lanjut mengenai pelaksanaan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.