“Kenapa Makin Ramai Lelaki Melayu Curang?”

“Kenapa Makin Ramai Lelaki Melayu Curang?”

Pelakon Dayana Roza meluahkan pandangannya mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga yang sering menjadi bualan ramai.

Menerusi hantaran di Threads, Dayana mempersoalkan mengapa semakin ramai lelaki Melayu didakwa berlaku curang.

BACA: Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu

Dayana turut mempersoalkan apabila isteri meminta cerai  si suami pula seolah menjadi mangsa memburukkan isteri.

“Soalan serius? Kenapa makin ramai lelaki Melayu kita yang curang eh? Kalau tak puas mem*nt*t jangan kahwin. 

“Bila isteri minta cerai mula la play victim burukkan isteri itu ini. Yang betina pun sama bangang tak reti hormat perasaan perempuan lain,” katanya. 

Sementara itu, Dayana menitipkan pesanan buat golongan wanita untuk ‘angkat kaki’ seandainya suami tidak berubah meskipun sudah berikan banyak peluang demi masa depan anak-anak.

“Tapi para wanita, terus angkat maruahmu dan tinggal je suami kalau dah bagi banyak peluang tak berubah. 

“Lantak orang cakap apa sebab yang sakit tu awak dan anak-anak perlukan awak. Awak layak dapatkan yang terbaik. Saya cakap berdasarkan pengalaman. sekian,” tulisnya.


Scroll to Top