Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa kecewa apabila kisah lamanya diungkit kembali untuk dijadikan sebagai bahan menyebarkan kebencian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 42 tahun itu turut mempersoalkan mengapa kisah lamanya diungkit kembali sedangkan dia sudah reda dan berdamai dengan takdir.
BACA: “Raihan Kata Dia Rindu Saya” – Sherry Ibrahim Gembira Jumpa Adik Fattah Amin
“Semua orang ada masa lalu, tapi itu bukan alasan untuk anda guna kisah itu sebagai senjata. Jangan sakiti saya hanya untuk puaskan rasa negatif dalam hati.
“Kenapa nak ungkit dan post cerita lama? Kalau Sherry sendiri dah redha dan berdamai dengan takdir. Tak perlu ada yang tambah dosa dengan memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Sementara itu, Sherry berkata tidak semestinya tidak berkahwin lagi itu bermaksud dia tidak bahagia serta turut mendoakan agar ‘haters’ mempunyai sifat empati.
“Tak semestinya saya belum berkahwin sampai hari ini bermaksud saya tak bahagia. Kalau saya boleh maafkan dan berdamai dengan masa lalu saya, kenapa tak anda juga buat perkara yang sama?
“Saya harap sesetengah daripada anda yang ‘haters’ boleh buka hati untuk tunjuk empati, bukan kebencian,” katanya.




