Kenapa tak buat perkara sama waktu nak jadi madu? – Isteri PU Abu tanya Hana Azraa

Kenapa tak buat perkara sama waktu nak jadi madu? – Isteri PU Abu tanya Hana Azraa

Nampaknya kemelut rumah tangga antara PU Abu atau nama sebenarnya, Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi masih menjadi perbualan apabila bekas isteri keduanya, Hana Azraa memuat naik pendedahan berkenaan ‘mesej rindu’ yang dikirim pendakwah selebriti tersebut.

Beberapa tangkapan layar menunjukan mesej yang dihantar PU Abu kepadanya dan dia merasakan bekas suaminya cuba menggangu dirinya yang sudah ‘move on’ dengan hubungan mereka.

Disebabkan pendedahan tersebut, PU Abu telah menjawab semula kenyataan yang dibuat oleh Hana di ruangan Insta Story.

Dia juga berharap apa yang berlaku adalah antaranya dan Hana tanpa melibatkan isterinya, Ain Afini yang sedang hamil anak ketiga.

Susulan daripada berbalas-balas kenyataan di media sosial, Ain Afini yang merupakan isteri pertama PU Abu telah memuat naik perkongsian bahawa dia sama sekali enggan mengambil tahu lagi hubungan antara Hana dan suaminya.

Dia juga memaklumkan sudah tidak larat melayan perangai psiko yang mahukan perhatian individu tersebut kerana sudah lama berlarutan.

Ain turut mempersoalkan mengapa Hana tidak melakukan hal sama kira-kira 4 tahun lepas sewaktu mahu menjadi madunya.

Wanita tersebut juga menitipkan pesan bahawa sebagai seorang yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak, kematangan adalah paling utama dan jika tersilap langkah ia boleh memalukan diri sendiri di hadapan anak-anak kelak.

“Harini rasa puas buat benda salah dan sorokkan aib sendiri. Tapi kalau lagi 5 minit nanti mati, nak jawab apa depan Allah? Allah tau bukan manusia,” tulisnya.

Perbalahan antara PU Abu dan Hana Azraa nampaknya masih berlarutan sejak beberapa bulan lalu dimana pendakwah itu ada membuat live di Madinah dengan menjelaskan dakwaan dia mencari wanita tersebut.

Difahamkan, sejak awal tahun lalu, mereka telah berpisah dan Hana memaklumkan sudah beberapa kali ditalak oleh PU Abu. Namun, dia mendakwa perceraian mereka masih lagi dalam proses mahkamah.

Sumber: Instagram Ain Afini