Kenderaan elektrik hibrid mesra alam, penumpang

Kenderaan elektrik hibrid mesra alam, penumpang

SEJAK kebelakangan ini, industri kenderaan elektrik hibrid (HEV) dilihat semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat automotif tempatan sejajar dengan usaha kerajaan dalam menggalakkan dan membangunkan teknologi hijau.

Penghasilan kenderaan mesra alam ini bukanlah sesuatu yang asing bagi pengeluar automotif multinasional Jepun, Toyota Motor Corporation yang telah merintis teknologi elektrik hibrid selama hampir suku abad. 

Ini selari dengan moto syarikat untuk membentuk ‘masyarakat bersih dan selamat’ dengan menyasarkan semua kenderaannya bebas karbon dioksida (C02) menjelang 2050.

Inovasi berterusannya telah menghasilkan kemajuan ketara dalam generasi Toyota menerusi kejayaan dua keluaran modelnya iaitu Corolla Cross Hybrid Electric dan Innova Zenix Hybrid Electric.

Teknologi termaju elektrik hybrid Toyota memperoleh kuasa daripada dua sumber untuk memberikan pemanduan yang lancar dan cekap yang direka khas untuk mengubah pengalaman pemanduan pengguna. 

Dengan menggunakan motor elektrik, tiada lagi kebimbangan pencemaran daripada enjin kenderaan bermotor yang menjadi punca utama pemanasan global dan perubahan iklim mendadak.

Malah, ia dapat melancarkan lagi perjalanan kenderaan lebih cekap dan efisien dengan penggunaan petrol yang lebih rendah di samping membantu mencegah pencemaran alam semula jadi.

Ini antara faktor kenderaan hibrid antara kenderaan paling cekap tenaga di jalan raya, terutamanya di Malaysia.

Bagaimana kenderaan hibrid berfungsi?

Bertujuan untuk memberikan kecekapan yang paling sesuai untuk keperluan prestasi kenderaan, elektrik hibrid menggunakan dua sumber kuasa yang berasingan iaitu enjin petrol dan motor elektrik. 

Ini sekali gus berjaya mengekalkan penggunaan bahan api fosil pada tahap paling rendah daripada kenderaan konvensional dengan mengekalkan kuasa enjin pada tahap optimum serta memberikan pengalaman yang menjimatkan untuk pemilik kenderaan.

Bagaimanapun, ramai beranggapan HEV sebagai kereta elektrik yang hanya mempunyai sistem pengecasan bateri saja dan sukar dijaga kerana kos penyelenggaran yang tinggi.

Namun, HEV masih boleh diisi minyak dan tidak memerlukan cas ‘plug-in’ kerana enjin akan secara automatik memindahkan kuasa enjin yang diperoleh semasa pengendalian kenderaan dan kuasa yang dijana dalam sistem brek kepada bateri.

Dengan cara ini, semua kuasa yang dihasilkan dalam kenderaan elektrik hibrid Toyota ini membolehkan enjin dan motor beroperasi secara bebas atau bersama-sama bergantung kepada keadaan pemanduan.

Selain itu, kereta hibrid Toyota mempunyai bateri yang boleh bertahan 200,000 batu atau lebih yang terdiri daripada sel hidrida nikel-logam dan dilengkapi cas yang dikawal komputer.

Ia direka khas untuk memberi ketahanan dan keselamatan kepada pemilik kenderaan sebagai tanda komitmen jenama terhadap kualiti kenderaan mereka. 

Dilengkapi dengan jaminan selama 8+2 tahun, bateri ini memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna. 

Menariknya, bateri hibrid boleh bertahan mengikuti hayat kenderaan, yang pasti memberi manfaat besar bagi mereka yang memandu kereta lama.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jaminan bateri hibrid. 

Kos penyelenggaraan rendah

Secara lazimnya, kenderaan konvesional bergerak menggunakan bahan api seperti petrol, diesel atau gas.

Manakala, kereta elektrik pula sukar dipandu jauh serta berdepan dengan masalah perlu kerap mengecas bateri.

Maka, terciptalah kenderaan hibrid untuk memberikan penyelesaian lebih baik kepada masalah penjimatan enjin (konvensional) dan jarak pemanduan (elektrik).

Justeru itu, kos penyelenggaraan untuk hibrid adalah lebih rendah, baik dari segi penjanaan dan penyelenggaraan.

Ini kerana kenderaan hibrid tidak mempunyai banyak bahagian yang bergerak sebagai enjin pembakaran, yang bermaksud kurang penyelenggaraan keseluruhan.

Bukan itu sahaja, penggunaan brek regeneratif juga turut mengurangkan kesan haus pada bantalan brek.

Jimat bahan api

Dengan gabungan tenaga elektrik dan pembakaran dalaman (minyak), kenderaan hibrid memenuhi keperluan pemanduan pemandu masa kini.

Ini bersatu untuk mencipta penjimatan bahan api yang lebih baik tanpa menjejaskan prestasi.

Pengalaman pemanduan mengujakan

Dengan pelbagai teknologi yang canggih dan kecekapan sistem enjin, sudah pasti kenderaan elektrik hibrid dapat memberi pengalaman pemanduan yang mengujakan.

Bukan itu sahaja, peralihan kuasa antara enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik adalah sangat lancar dan tenang sehingga berkemungkinan anda akan terlupa mengenai teknologi canggih yang menggerakkan kereta itu di atas jalan raya.

Ingin merasai peralihan teknologi yang menggerakkan dunia anda, miliki siri kenderaan Elektrik Hibrid Toyota hari ini. 

Pandu uji Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dan Toyota Innova Zenix Hybrid Electric di bilik pameran Toyota sekarang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top