“Kepada Bet*na Pengumpat & Pencetus Benci! Betulkan Perangai Awak” – Digelar Rempit & Selekeh, Pengurus Puteri Balqis Tampil Bersuara

“Kepada Bet*na Pengumpat & Pencetus Benci! Betulkan Perangai Awak” – Digelar Rempit & Selekeh, Pengurus Puteri Balqis Tampil Bersuara

“Cermin diri, awak seorang ibu yang tak ada rupa langsung, narsistik, ada anak, masih ada masa untuk burukkan anak orang lain sana sini”.

Demikian respons pengurus kepada pelakon versatile, Puteri Balqis susulan komen jelik yang ditinggalkan netizen menerusi platform media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, pengurus Puteri Balqis yang dikenali sebagai Volkov Kafziel itu memberi teguran tegas kepada individu berkenaan yang melabel aktres itu sebagai ‘rempit’ dan selekeh.

“Betulkan solekan, betulkan sikap, betulkan setiap ketidaksempurnaan tentang anda sebelum anda bercakap buruk tentang Puteri. Betulkan segala-galanya tentang keluarga anda terlebih dahulu.

“Awak ada anak perempuan. Dan anda masih membuang masa mencipta benang jahat untuk memalukan anak perempuan orang lain. Lihat muka anda. Cermin diri. Your definitely seorang ibu yang tak ada rupa langsung, narcissist, ada anak, masih ada masa untuk burukkan anak orang lain sana sini. Waktu ni, aku rasa bangga sebab ibu Puteri tak ada  sosial media.

“Terhindar dari betina mulut jahat macam you. Terhindar dari pengumpat pengeji macam awak dan geng awak. Biar muka Puteri rempit dan selekeh bak kata you. Cermin diri, muka you hancur lebur. Betulkan itu.

“Awak ada anak perempuan. And you’re judging someone’s daughter yang tak ada cari gaduh dengan awak langsung.  Mengatakan “Aqish seorang pelakon yang hebat” bukan alasan untuk bercakap buruk tentang mukanya. To shit talk about penampilannya di Pakmat Western,” katanya.

Meskipun sudah memberi amaran tegas, Volkov turut menasihatkan individu terbabit agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata atau komen berbaur jahat sebelum dia sendiri mengambil tindakan untuk menilai atau menghakimi situasi tersebut.

Jelasnya, setiap perbuatan ada batas, dan kesabaran juga ada hadnya.

“If your so fearless to judge her face. Persiapkan diri anda tentang bagaimana kami akan menilai anda. Ini pendapat saya sebagai seorang lelaki. I rasa you kepam. Even saya  lelaki, lebih lawa and presentable than you. Tak ada aura anda tak ada kelas tidak kira barang kemas yang anda pakai.

“Dalam perkataan yang lebih mudah. Awam. If this is your definition of selekeh. Anda mempunyai penglihatan yang terhad tentang kecantikan. Sebelum anda membuat thread tentang seseorang, kaji orang yang bersama mereka. Jangan biarkan diri anda bermasalah dengan orang seperti kami yang sanggup melindungi Puteri,” tegurnya.

Sekadar info, individu yang dikenali sebagai irish itu telah meninggalkan komen berupa kritikan terhadap penampilan Puteri Balqis.

Scroll to Top