Anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri tumpuan warganet selepas berkongsi foto bersama kereta baharunya di media sosial.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah nombor plat eksklusif yang digunakan Leona untuk kereta baharunya itu menerima pelbagai respons dalam kalangan waragnet .
Menurut netizen, nombor plat ‘PHM1’ yang digunakan Leona bukan sekadar kelihatan eksklusif, malah dipercayai mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana dikaitkan dengan nama arwah datuknya, Pahamin Rajab.
Malah, ada yang mendakwa nombor plat istimewa itu bernilai jauh lebih tinggi berbanding harga kereta yang dimilikinya.








